Sesungguhnya ilmu itu tidak datang sendiri pada kita
Kita harus mesti mencarinya untuk memperoleh Ilmu kerana
Apabila kamu menjadi fakir maka Ilmu itulah sebagai hartamu
yang selalu menemanimu kala sedih mahupun gembira dan
bila kamu kaya Ilmu itu perhiasan dirimu(Lukmanul Hakim)
Beriman dan Beramal Sumbernya ialah Ilmu
Ilmu diperoleh dengan Belajar
Tidak ada iman kalau tidak ada Amal
dan tidak ada pula Amal kalau tidak Ikhlas
Jika sekiranya ada orang beribadah seperti Malaikat
Tapi tanpa Ilmu orang itu termasuk golongan yang rugi hanya
Lelah payah sedangkan pahalanya hampa
Kerana itu,bersungguhlah kamu dalam menuntut Ilmu
Jauhi kemalasan dan kebosanan
Jika tidak kamu akan berada dalam bahaya kesesatan(Imam Al Ghazali)
"Jika ALLAH SWT memakbulkan doamu, maka Allah meneguhkan kepercayaan mu kepadaNya",
"Jika ALLAH SWT menangguhkan doamu, maka ALLAH menguji kesabaranmu",
Jika ALLAH SWT TIDAK MEMAKBULKAN doamu, maka ALLAH telah merancang sesuatu yang lebih baik buatmu".
0 comments:
Catat Ulasan