AKU LUPA...
Aku lupa,
kehidupan akhirku bukan di
dunia,
namun di akhirat
sana.
Aku lupa,
Pakaian akhirku bukan gaya
kebaratan,
namun hanya helaian kain
kafan.
Aku lupa,
Tilam akhirku bukan seempuk
tebalnya kapas,
namun hanya tanah yang
kotor dan keras.
Aku lupa,
katil akhirku bukan bersaiz
raja atau ratu,
tapi saiz yang mampu
menghimpit tubuh jika kurang amalanku.
Aku lupa,
Rotan akhirku bukan oleh
cikgu sekolah,
namun oleh Munkar &
Nakir jika jawapan ku berikan semua salah.
Aku lupa,
Sijil akhirku bukan ketika
konvokesyen di dewan besar,
namun sijil amal ketika di
padang mahsyar.
Aku lupa,
Titian akhirku bukan
jambatan menara berkembar Petronas Malaysia,
namun titan sirat samada
sampai ke syurga,
atau jatuh ke kawah
neraka.
Aku lupa,
aku hamba kepada
Tuhan,
yang perlu sentiasa
melakukan pengabdian,
kerana itulah tujuan aku
diciptakan,
kini bersyukur ku masih
diingatkan,
sebelum tibanya hari
kematian,
sebelum ia menjadi
penyesalan,
meraung-raung mohon
dikembalikan,
konon ingin perbaiki
amalan,
namun hanya ucapan
pendustaan,
kerana segala dalam
pengetahuan Tuhan,
ayuh peluang waktu yang ada
jangan kita persiakan.
"hingga apabila
datang kematian kepada seseorang dari mereka, dia berkata: "Ya Tuhanku
kembalikanlah aku (ke dunia),agar aku berbuat amal yang soleh terhadap yang
telah aku tinggalkan. Sekali-kali tidak. Sesungguhnya itu adalah perkataan yang
diucapkannya saja.." [QS al-Mukminun, 23:99-100]












0 comments:
Catat Ulasan